Saturday, January 12, 2013

Halang-Kemalangan-Bakar


takde sape menang  -,-...




sinopsis dr sumber berita dan saksi :

"JPJ halang jalan sesuka hati lalu mengakibatkan satu lori besar hilang kawalan..
kira2-kira 11 kenderaan terlibat kemalangan..
ada kematian dan cedera parah..
pelajar skolah turut terlibat dalam kemalangan tersebut...
 Akibatkan kemarahan orang awam lalu melanyak dan membakar kereta JPJ"...

sampai bila kita, generasi muda nak jadi mangsa hawa nafsu, takbur, sombong, bongkak, angkuh, penting diri, tak ada wawasan, berang dan sebagainya dari orang-orang yang sepatutnya..? (tidak menyebelahi mana-mana pihak pun...)... korang dapat seri...

*maaf bahasa kurang sopan -,-

Friday, June 1, 2012

Grrr...

-,-

Please, please, please....
Dear everybody...
Do not simply say something without knowing anything....!
Thank you, and Assalamualaikum.......

0

Bismillah…



Sedang aku duduk di bangku kayu yang hampir reput
Terimbau kembali sesuatu…….. yang kosong
Kugesek-gesek ke lantai selipar lusuh pengganti kasut
Renungku yang kian jauh tapi isinya kosong

Entah bila aku harus terusan macam ni
Kosong, jiwa kosong tiada pengisian
Batinku meronta ingin keluar dari sini
Tapi jasadku hanya diam termangu kesepian

Mata beritahu hati
Hati beritahu akal
Akal pula beritahu anggota
Gerak! Ayuh! Bangkit!
Jangan sekadar mimpi
Hari depanmu kosong jika terus berilusi
Ayuh gerakkan jasadmu untuk jadikan semua itu realiti

Thursday, May 31, 2012

Hati Senyap

Bismillah....















Malam ke sebelas Rejab yang hening
Aku tak dapat lelapkan mata
Bergolek ke kiri kanan berpusing-pusing
Banyak asakan di minda telus dari hati dan jiwa

Kupendam rasa yang pernah kurasa
Kuselongkar isi hati yang aku sorok sendiri
Aku bingung mengapa aku ada rasa
Tetapi hanya untuk kusimpan sendiri

Sedangkan...
Dahulunya ku ingin kan balasan rasa yang sama
Aku dambakan sesuatu yang tak pasti ikhlasnya

Sedangkan...
Rasa itu, jika benar ikhlasnya dirasa
Mana mungkin ia mengharapkan balasannya

Aku sayang kau...
Tapi aku tak harap kau sayang aku kembali
Aku ikhlas dalam memberi rasa ini

Aku akan jaga kau...
Tapi bukan secara zahir yang kau nampak ini
Hanya melalui doa aku menzahirkan rasa ini

hasil nukilan : DilaSamah

Friday, February 3, 2012

Bola Lantun


Ada peringatan buat manusia... aku dengar dari seorang hamba Allah ni....
hidup ni kita boleh ibaratkan macam bola yg lantun-lantun tu...

Bila kita baling bola putih, nanti bola yg datang kat kita balik adalah yang kaler putih tu jugak...
dan bila kita lontar bola hitam...yang datang pada kita nanti bola hitam tu jugak lah ....

Apa yang tersirat kat sini ialah...
Setiap kebaikkan yang kita buat...kebaikkan jugalah yang kita akan dapat semula...
begitu juga dengan sebaliknya iaitu...
Setiap kejahatan yang kita buat ...kejahatanlah yang akan balik pada kita semula :)...

Kadang-kadang kebaikkan atau kejahatan tu tidak akan balik pada kita.... tapi mungkin pada anak cucu kita nanti...
Ingat, apa kita buat sekarang adalah cermin kepada darah daging kita sendiri akan datang...

"Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas, kadangkala di bawah.."

Wallahualam....

Friday, December 2, 2011

ROH dan JASAD

petang nan hening...

... petang2 camni dengan cuaca sejuk diluar selepas hujan, duduk pulak dalam blik beraircond mmg lah mengundang suasana mengantuk...

maaf wahai lecturer budiman yang sedang bertungkus lumus mengajar di depan... nampaknya perhatian saya bagai di angin lalu melayang-layang mencari tujuan lain...

ROH sepertinya sedang terbang keluar daripada bilik kedap sinaran matahari ni... mencari-cari sesuatu yang dapat melayangkan lagi fikiran keawang-awangan...



wahai jasad, "bertahan!"... jangan kau pulak yang keluar... 'jangan kurang ajar afiz!'(kata2 dlm vc awan nano..haha)... kau kena kuat untuk tetap bertahan...

beberapa minit je lagi kau akan bebas.. dan ketika itu ROH kau akan pulang kepangkuanmu semula... SABARLAH sayangku...

the end~

*mengarut*

Thursday, December 1, 2011

Jodoh

Bismillah...
Jodoh? Ape yang saya tau jodoh ni mmg dah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi, cuma ianya rahsia Tuhan untuk kita. Terdapat 3 rahsia Tuhan yang besar untuk kita hambaNya iaitu REZEKI, JODOH dan juga AJAL seseorang manusia.

Kita sebagai hamba sahaya harus akur dengan semua penetapan yg telah dirancang oleh Allah swt. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur dengan apa saja yang DIA kurniakan ok? ;)....

ok2 habis bab intro...skang nk talk about my main point =)...
>JODOH...



"saya tengah tunggu jodoh saya"...
ehem.. semua orang kena tau jodoh untuk kita sudah tertulis.. bila?dimana?bagaimana kita ditemukan dengan insan itu yg menjadi tanda tanya... segala tanda tanya tidak perlu kita kaji dan di experimentkan dengan menggadaikan perasaan kita untuk orang yg belum tentu jodoh kita. Saya cakap camni bukan nya nak kata saya tak pernah buat camni.. Saya berkata atas pengalaman... "pengalaman mengajar"... yeah itu mmg sgtlah common dan betul...

"dah bersedia ke nk jumpa dia?"
bab sedia x sedia ni saya tak dapat nak pastikan.. Sebab kadangkala tak semua benda perlu tunggu ke ready-an kita untuk dihadapi.. so, just go with the flow.. Doa, Usaha, Tawakal... yaaa... itu 3 kunci selamat untuk kita kan... insyaAllah...
tapi bab usaha tu tak semestinya kita kena kuar merayap nk pi cari kumbang tuk hinggap kat kelopak kita..usaha tu macam2 benda kita boleh buat sebenarnya.. contohnya...kita usaha menjadi calon isteri atau suami yang terbaik untuk bakal jodoh kita nikahi...ye dak?? hehe

semoga kita semua dikurniakan Jodoh yang baik2 dari Tuhan...insyaAllah...ameennn...

okaylah takat ni je mampu coret....
Salam keberkatan... ^.^